Sabtu, 30 Julai 2011

Seteguh Tekad

Seteguh tekad
Synopsis
Seteguh tekad menyelami kehidupan anak kelahiran Melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan. Sebuah rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya meransang jiwa agar sentiasa bersemangan kental
Prof Dr Sidek Baba, tokoh pendidik yang berjiwa besar ini mengajak anda menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu.
……
Buku ini aku jumpe time aku lepak kat MPH
Time tu aku mmg sgt down
Banyak sgt dugaan
Dalam 1 jam aku round barulah aku terjumpe buku ni
“ buku mcm nilah yang aku cari”
Buku ini merujuk terus tentang kisah dan pengalaman sebagai pendidik
Tak semua pendidik bakal menempuh liku seperti yang telah dilalui oleh Cikgu
“ Cikgu adalah panggilan hormat kepada Prof Dr Sidek Baba”
Tapi aku yakin semangat dan kecekalan itulah yang ingin aku rasai dan sematkan dalam jiwaku ini
Bagi yang baru 3 tahun bergelar sebagai pendidik
Masih banyak yang belum aku fahami
Masih banyak perlu aku teladani dari insan2 yang sudah banyak pengalaman

Harga buku ni sangat murah
Hanyak RM 13.00
Tak ternilai berbanding mutiara ilmu yang diserapkan dalam buku ini
Namun bagiku
Mungkin buku ini lebih berfokus untuk tujuan dakwah
Dan inilah yang cuba diterapkan oleh Cikgu
Bidang dakwah yang cuba dipelbagaikan
Alhamdulillah semangat yang disampai
Dapat ku tanam dalam jiwa yang sedang diuji
Dan aku kini semakin mengorak langkah ke hadapan

Aku insaf dengan kegigihan cikgu untuk menuntut ilmu
Sanggup berbasikal untuk ke sekolah biarpun 45 batu
Sanggup mengambil peperiksaan HSC sebanyak 7 kali demi
Demi melunaskan cita-citanye ke menara gading
Bahkan beliau juga pernah melalui saat yang amat getir ketika berada dalam tahanan ISA
Aku kembali melihat diriku sendiri
Muhasabah diriku
Sudahkah aku siap???
Sudahkan banyak jasa aku taburkan kepada masyarakat di sekeliling
Atau aku hanya masih lena diulit mimpi
Astaghfirullahalazim

Aku harap
Akan ramai anak muda yang akan membaca buku ini
Dan mengambil iktibar daripada kisah hidup beliau
Amin…

Isnin, 25 Julai 2011

Selagi ada Dia

pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta.
apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
namun, kasih yang disulam, janji yang dimetrai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia tidak terduga.
sebagai wanita bermaruah Arianni nekad menoktahkan segala impian.
Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan.
Lelaki itu bukan  untuknya
Tahun berlalu...hadirlah lelaki baru dalam hidupnya.
Sayangnya pintu hati masih tertutp rapat. rasa terluka itu masih ada.
Baginya, cinta kedua tidak membawa makna sebarang makna: tiada keikhlasan, tiada kejujuran.
Lalu bagaimana?
Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan?
terlalu Memilihkah dia

Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 503
Tahun   : 2008
Harga  asal : 19.90
Harga + pos : 13.00

Unggu Karmila

Atas nama cinta, mahligai impian itu dibina. Vila sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi
Beberapa tahun berlalu.....vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu...Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya dia menjadi korban pertama.
Setelah itu, mistik vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang  Asli percaya sesuatu yang berada di situ sedang “tidur”. Tiada siapa berani mebgusik. Jika ia terbangun, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.
Ema seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah membangunkan sesuatu dalam vila berkenaan.
Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 511
Tahun   : 2008
Harga  asal : 19.90
Harga + pos : 15.00

Cinta Sang Ratu

Cinta sang ratu
Akhir kurun ke-15: Ratu Sulaiman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panahtepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntapkasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.
“ sebagai manusia, aku sayang kepadamu”
Awal abad ke 21: bersendirian di bilik tidur, haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapn untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resah.
“ Haryani, walau apapun yang berlaku saya tetap mencintai dan menyayangi awak”
Dua watak dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 554
Tahun   : 2007
Harga  asal : 19.90
Harga + pos : 13.00

Ternyata Cinta

Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun demikian demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri. Memburu lelaki kaya!
Zariel dan Iqram: dua karekter yang berbeza....
Namun berjaya mencuri hati qasdina....
namun pilihan hanya 1
Ternyata  ketentuan Illahi tetap membatasi segala
Penulis :  Damya Hana
Halaman : 534
Terbitan : alaf 21
Tahun : 2008
Harga Asal : 19.90
Harga + pos : 13.00

Rahsia perindu

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh . setelah meneliti mental anak guamnnya, amylia mendapati seuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.
Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia:Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskanjuga. Oleh karana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 561
Tahun   : 2007
Harga  asal : 19.90
Harga + pos : 15.00