Isnin, 25 Julai 2011

Cinta Sang Ratu

Cinta sang ratu
Akhir kurun ke-15: Ratu Sulaiman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panahtepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntapkasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.
“ sebagai manusia, aku sayang kepadamu”
Awal abad ke 21: bersendirian di bilik tidur, haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapn untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resah.
“ Haryani, walau apapun yang berlaku saya tetap mencintai dan menyayangi awak”
Dua watak dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 554
Tahun   : 2007
Harga  asal : 19.90
Harga + pos : 13.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan