Sabtu, 30 Julai 2011

Seteguh Tekad

Seteguh tekad
Synopsis
Seteguh tekad menyelami kehidupan anak kelahiran Melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan. Sebuah rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya meransang jiwa agar sentiasa bersemangan kental
Prof Dr Sidek Baba, tokoh pendidik yang berjiwa besar ini mengajak anda menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu.
……
Buku ini aku jumpe time aku lepak kat MPH
Time tu aku mmg sgt down
Banyak sgt dugaan
Dalam 1 jam aku round barulah aku terjumpe buku ni
“ buku mcm nilah yang aku cari”
Buku ini merujuk terus tentang kisah dan pengalaman sebagai pendidik
Tak semua pendidik bakal menempuh liku seperti yang telah dilalui oleh Cikgu
“ Cikgu adalah panggilan hormat kepada Prof Dr Sidek Baba”
Tapi aku yakin semangat dan kecekalan itulah yang ingin aku rasai dan sematkan dalam jiwaku ini
Bagi yang baru 3 tahun bergelar sebagai pendidik
Masih banyak yang belum aku fahami
Masih banyak perlu aku teladani dari insan2 yang sudah banyak pengalaman

Harga buku ni sangat murah
Hanyak RM 13.00
Tak ternilai berbanding mutiara ilmu yang diserapkan dalam buku ini
Namun bagiku
Mungkin buku ini lebih berfokus untuk tujuan dakwah
Dan inilah yang cuba diterapkan oleh Cikgu
Bidang dakwah yang cuba dipelbagaikan
Alhamdulillah semangat yang disampai
Dapat ku tanam dalam jiwa yang sedang diuji
Dan aku kini semakin mengorak langkah ke hadapan

Aku insaf dengan kegigihan cikgu untuk menuntut ilmu
Sanggup berbasikal untuk ke sekolah biarpun 45 batu
Sanggup mengambil peperiksaan HSC sebanyak 7 kali demi
Demi melunaskan cita-citanye ke menara gading
Bahkan beliau juga pernah melalui saat yang amat getir ketika berada dalam tahanan ISA
Aku kembali melihat diriku sendiri
Muhasabah diriku
Sudahkah aku siap???
Sudahkan banyak jasa aku taburkan kepada masyarakat di sekeliling
Atau aku hanya masih lena diulit mimpi
Astaghfirullahalazim

Aku harap
Akan ramai anak muda yang akan membaca buku ini
Dan mengambil iktibar daripada kisah hidup beliau
Amin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan